Artikel

Perak Tidak Dapat Halang Shahrel Fikri Untuk Berhijrah

Pasukan Liga Super, Perak tidak dapat menghalang keinginan penjaring kedua terbanyak Liga Super 2020, Shahrel Fikri sekiranya mahu berhijrah meninggalkan pasukan.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Shahrel yang juga penyerang skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan berhijrah ke pasukan berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC.

Bagaimanapun, Perak menerusi pengurus pasukannya, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah dikatakan telah bertemu empat mata dengan Shahrel.

Beliau menyatakan hasrat mereka dengan jelas untuk mengekalkan khidmat penyerang berusia 26 tahun tersebut bagi mengharungi saingan musim hadapan.

Baca: 4 Pasukan Liga Super Yang Boleh Disertai Shahrel Fikri Musim 2021

”Saya telah berjumpa dengan Shahrel bagi membincangkan tentang keinginan Perak untuk mengekalkan khidmatnya bagi menghadapi saingan musim 2021.”

”Segala keputusan kami serahkan kepadanya untuk memberikan kata putus berhubung perkara ini dan pihak kami tidak dapat menghalang sekiranya dia berhajat meninggalkan pasukan untuk mewakili pasukan lain pada musim depan.”

”Kami akan menghormati setiap apa sahaja keputusannya,” ujarnya seperti dipetik daripada Semuanya BOLA.

Baca: Shahrel Fikri Sumbat 4 Gol – ‘Freekick’ Gaya Cristiano Ronaldo Curi Tumpuan

Merupakan penyerang yang terhasil daripada skuad pembangunan pasukan Perak namun Shahrel mula mencipta nama di karier di peringkat senior menerusi Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) sejak 2016.

Namanya kembali menjadi sebutan apabila khidmatnya digunakan oleh sebuah kelab Liga Thailand iaitu Nakhon Ratchasima FC secara pinjaman selama setengah musim pada tahun 2018.

Shahrel Fikri diperkenalkan sebagai pemain baharu The Swat Cats – Foto: Nakhon Ratchasima FC

Sekiranya khabar angin yang mengatakan Shahrel ke Selangor itu benar, dia bakal membentuk gandingan ampuh bersama penjaring 12 gol saingan Liga Super, Ifedayo Olusegun.

Satu gandingan yang bukan sahaja dinanti-nantikan peminat pasukan Red Giants malahan keseluruhan peminat bola sepak tempatan secara amnya.

Featured Image: Malaysian Football League

komen