Artikel

Rasmi: Selangor Lantik Ketua Jurulatih Baharu Kelahiran Jerman, Karsten Neitzel

Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor secara rasminya telah mengikat khidmat Karsten Neitzel sebagai jurulatih baharu untuk saingan Liga Malaysia 2021.

Pengumuman perlantikan jurulatih kelahiran Dresden, Jerman itu dibuat secara rasmi menerusi pelbagai laman sosial skuad Red Giants, pada hari ini.

Untuk makluman, sebahagian besar pengalaman kejurulatihan Karsten dihabiskan bersama pasukan-pasukan berpangkalan di tanah airnya iaitu saingan Liga Jerman.

Antaranya Vfl Bochum, Holstein Kiel, SV 07 Elversberg dan Rot-Weiss Essen menerusi pelbagai jawatan seperti penolong pengurus, pengurus dan juga pengarah teknikal.

Jawatan terakhirnya sebelum mengikat kontrak bersama pasukan Selangor adalah penasihat kepada sebuah pasukan divisyen lima Jerman, SW Essen.

Menariknya, Karsten pernah berkelana di benua asia dengan menjadi penolong pengurus kepada pasukan Liga Jepun, Urawa Reds sekitar tahun 2009 hingga 2011.

Perlantikan Karsten sekaligus menggantikan bekas pengendali tempatan, B. Satiananthan yang dipecat oleh Selangor, baru-baru ini.

Featured Image: Selangor FC

komen