Written by 4:17 pm Bola Sepak, Malaysia

Baddrol Bakhtiar 90% Hampir Kekal Bersama Kedah Musim 2021

Pemain tengah dan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar mengesahkan dirinya akan terus bersama skuad Hijau Kuning untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.

Pemain berusia 32 tahun itu dikhabarkan telah melakukan perbincangan dengan majikannya dan kontraknya bersama Kedah akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebenarnya telah pun berjalan dan hampir dimuktamadkan. Jika anda tanyakan keputusan saya, rasanya saya masih kekal di Kedah.

“Ramai yang bertanya tentang perkara itu, jadi saya katakan dengan berterus-terang yang jiwa saya masih di Kedah,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.

Terdahulu, pemain yang beraksi bersama Kedah selama 15 tahun itu dilaporkan mendapat beberapa tawaran daripada pasukan lain untuk saingan musim hadapan.

Difahamkan sekitar empat pasukan yang menawarkan kontrak kepada Baddrol bagi mendapatkan khidmatnya.

Featured Image: FA Kedah

(Visited 26 times, 1 visits today)
Close