Written by 4:40 pm Lain-Lain

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 Batal & Dianjurkan Pada 2022 – MNCF

Kejohanan perlumbaan berbasikal, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 secara rasminya dibatalkan dan akan diadakan semula pada tahun berikutnya iaitu tahun 2022.

Pengumuman itu dibuat oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dan dilaporkan menerusi agensi berita tempatan, Bernama hari ini.

Kejohanan berbasikal antarabangsa yang bakal memasuki edisi ke-26 itu sepatutnya berlangsung pada 30 januari hadapan. 

Foto: LTdL

Namun penganjurannya berdepan dengan situasi ketidaktentuan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majoriti negeri-negeri di semenanjung Malaysia.

Sementara itu, polisi sempadan negara yang masih ditutup sehingga kini turut diambil kira memandangkan kejohanan ini turut disertai oleh pasukan-pasukan dan atlet-atlet dari luar negara.

Featured Image: Le Tour de Langkawi

(Visited 16 times, 1 visits today)
Close