Written by 5:26 pm Bola Sepak, Malaysia

MFL Umum Kalendar Liga Malaysia & Jendela Perpindahan 2021

Badan penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan kalendar baharu pertandingan-pertandingan bola sepak di Malaysia pada hari ini.

Menerusi laman sosial rasmi, MFL memuktamadkan tarikh-tarikh permulaan dan penutup bagi setiap saingan adalah seperti berikut:

Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih): 26 Februari 2021

p/s: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) vs naib juara Liga Super, Kedah

Liga Super (Divisyen 1): 27-28 Februari 2021 sehingga 20-21 Ogos 2021

Liga Premier (Divisyen 2): 27-28 Februari 2021 sehingga 20-21 Ogos 2021

Piala FA: 2-3 Mac 2021 sehingga 11 September 2021

Piala Malaysia: 17-18 September 2021 – 27 November 2021

Challenge Cup (Piala Cabaran): 3-4 September – 13-14 November

Selain daripada mengumumkan kalendar bagi saingan bola sepak tempatan, MFL turut mengumumkan tarikh bagi jendela perpindahan (transfer window) untuk saingan Liga Malaysia 2021.

Tarikhnya adalah seperti berikut:

Jendela Perpindahan Pertama: 21 November 2020 hingga 14 Februari 2021 (12 Minggu)

Jendela Perpindahan Kedua: 12 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021 (4 Minggu)

Featured Image: MFL

(Visited 30 times, 1 visits today)
Close