Written by 11:44 am Asia, Bola Sepak, Malaysia • One Comment

TFC Buat Rombakan & Buru Pemain Punyai Pengalaman Beraksi di Liga Malaysia

Terengganu Football Club (Terengganu FC) bakal membuat rombakan terhadap skuadnya menjelang saingan baharu Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.

Perancangan untuk melakukan rombakan ini merupakan satu kejutan daripada Terengganu FC lebih-lebih lagi skuad sedia ada telah berjaya meraih kedudukan tangga ketiga saingan Liga Super 2020.

Ia merupakan pencapaian terbaik pasukan Terengganu sejak mereka kembali ke saingan utama Liga Malaysia pada 2018.

Di antara perancangan mereka adalah melepaskan beberapa pemain tonggak pasukan kalangan pemain tempatan dan juga pemain import.

Dan sebahagiannya akan digantikan dengan pemain import yang pernah beraksi dalam saingan tempatan. 

Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menerusi satu laporan oleh agensi berita kebangsaan.

Hishamuddin (berbaju merah) ketika lawatan ke stadium milik Muangthong United pada januari lalu – Foto: Terengganu FC

“Insya-Allah sebahagian pemain yang bakal menyertai semula Terengganu FC pernah berada dalam saingan Liga Malaysia dan sebahagian adalah muka baharu.

“Kami juga tak meletakkan nama besar sebagai kaedah untuk mencapai sasaran, tetapi mahu pemain berkhidmat untuk bola sepak…jadi saya rasa itu kunci besar,” kata Hishamuddin seperti dipetik daripada Bernama.

Baca: Dominique Ucap ‘Good Bye’ TFC, Bangga Melihat 25,000 Penyokong ke Stadium

Setakat ini, penyerang prolifik mereka, Dominique da Sylva telah mengesahkan meninggalkan pasukan berpangkalan di pantai timur itu walaupun muncul sebagai penjaring ketiga terbanyak Liga Super 2020.

Selain itu, penyerang sayap lincah kelahiran Singapura, Faris Ramli turut memuat naik mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Terengganu FC menerusi laman sosialnya.

Sementara itu, Hishamuddin turut mengesahkan pengendali kelahiran negeri Kelantan, Nafuzi Zain akan kekal sebagai ketua jurulatih Terengganu FC untuk saingan musim hadapan.

Pihaknya nyata berpuas hati dengan prestasi jurulatih muda berusia 42 tahun itu dalam saingan musim ini sehingga memberikan mereka tiket ke saingan antarabangsa iaitu Piala AFC 2021.

Featured Image: Terengganu Football Club

(Visited 119 times, 1 visits today)
Close