Artikel

Video: Tonton Kemodenan AXA Training Centre – Pusat Latihan Baharu Liverpool

Selepas 70 tahun berlatih di Melwood, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool secara rasminya berpindah ke pusat latihan moden serba baharu, semalam.

Pusat latihan tersebut dinamakan sebagai AXA Training Centre terletak di Kirkby berjarak hanya 10 kilometer (km) berbanding pusat latihan mereka yang terdahulu.

Pelbagai fasiliti dan kemudahan serba moden dibina di pusat latihan baharu ini seperti 3 buah padang bola sepak bersaiz penuh, ruang senaman memanaskan badan dan 2 buah gimnasium.

Selain itu, terdapat juga bilik sidang media, dewan sukan untuk beriadah, kolam renang, dan pusat pemulihan yang turut memuatkan kompleks hidroterapi dan suite rehabilitasi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp ini turut mengadakan sesi latihan pertama mereka di pusat latihan ini, semalam.

Anda boleh meninjau dan melihat keseluruhan AXA Traning Centre ini pada pautan video di bawah:

komen