Written by 1:01 pm Lain-Lain, Lifestyle

DAZN Kini Boleh Dilanggan di Malaysia Dengan Harga RM8.90 Sebulan

Perkhidmatan penstriman sukan, DAZN kini boleh mula dilanggan di Malaysia dan harga yang ditawarkan adalah hanya RM8.90 sahaja.

Ini selepas pihak mereka telah mengesahkan untuk mengembangkan lagi perkhidmatannya ke 200 negara bermula 1 disember kelak.

Setakat ini, pelanggan DAZN di Malaysia hanya dapat menonton penstriman langsung melibatkan sukan pertarungan. Pertarungan terdekat adalah perlawanan tinju melibatkan Ryan Garcia menentang Luke Campbell yang dijadualkan pada 5 disember kelak.

Selain daripada penstriman langsung mengenai pertarungan dan perlawanan sukan, DAZN juga menayangkan siri dokumentari seperti The Making Of Jose Mourinho, Being Mario Gotze dan beberapa judul lagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang makluman samada pelanggan perkhidmatan DAZN di Malaysia dapat menyaksikan perlawanan langsung saingan Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa dan kejohanan bola sepak utama eropaha yang lain-lain atau pun tidak.

(Visited 259 times, 2 visits today)
Close