Written by 11:49 am Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Ketua Jurulatih Selangor Diberi ‘Nickname’ Kalle oleh Thomas Tuchel?

Para penyokong pasukan Selangor boleh mula memanggil ketua jurulatih baharu mereka, Karsten Neitzel dengan panggilan yang lebih ringkas iaitu Kalle selepas daripada saat ini.

Menurut jurulatih berusia 52 tahun tersebut, dia lebih selesa dengan nama panggilan tersebut memandangkan kesemua rakan-rakannya memanggilnya Kalle sejak daripada usia muda lagi. 

Karsten Neitzel ketika ditemu bual oleh Nadi Arena

“Yang seeloknya (panggil) Kalle, ini merupakan nama panggilan saya dan semua rakan-rakan saya dan saya harapkan semua penyokong boleh berkawan dengan saya dan (boleh) panggil saya Kalle.” katanya dalam satu temu bual bersama Nadi Arena.

Menariknya, nama panggilan tersebut diberikan oleh salah seorang pengurus dan jurulatih ternama dunia pada ketika ini. 

Siapakah pemain ini? Berusia sekitar 18 tahun pada ketika ini – Foto: Stuttgart Kickers

Tanpa mendedahkan nama jurulatih tersebut secara terang-terangan, Karsten memberikan pembayang bahawa individu tersebut pernah bersamanya dalam skuad Stuttgart Kickers, tahun 1992.

Dan ketika itu, individu tersebut masih lagi muda remaja dan Karsten pula berusia 24 tahun.

Hasil carian yang dibuat menunjukkan individu tersebut merupakan seorang pengurus yang membimbing kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCl) 2019/20.

Tanpa ragu-ragu dan sebarang kesangsian lagi, individu itu ialah Thomas Tuchel!

Featured Image: Selangor FC & Paris Saint-Germain

(Visited 83 times, 1 visits today)
Close