Artikel

Legenda WWE, Undertaker Percaya Khabib Akan ‘U-Turn’ & Kembali Bertarung

Bintang legenda gusti World Wrestling Entertaiment (WWE), The Undertaker percaya Khabib Nurmagomedov akan kembali bertarung di saingan Ultimate Fighting Championship (UFC).

Menurut Undertaker atau nama sebenarnya, Mark William Calaway telah melihat beberapa nama besar dalam dunia UFC sebelum ini telah mengumumkan persaraan kembali bertarung.

Itu reaksi yang diberikan Undertaker mengenai pengumuman persaraan Khabib selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254, hujung oktober lalu.

Temu bual Undertaker bersama wartawan ESPN, Ariel Helwani

“Saya rasa dia (Khabib) akan kembali. Kita sering melihat bila seseorang berkata demikian akhirnya tidak dapat dipercayai.”

“Awak tahu, berapa kali Conor (McGregor) mengumumkan persaraan? Berapa kali Jon Jomes telah umumkan bersara?”

“Selalu begitu, sentiasa ada pertarungan di luar sana dan ramai di luar sana akan mengatakan, saya masih boleh berlawan.” katanya kepada Ariel Helwani.

Baca: Kenali 5 Petarung MMA Muslim Selain Khabib Nurmagomedov

Undertaker percaya pengumuman Khabib tempoh hari kerana terlalu sedih disebabkan kehilangan bapa dan jurulatih kesayangannya, Abdulmanap Nurmagomedov pada julai lalu.

Selain itu, Khabib juga mahu mengotakan janji kepada ibunya di mana perlawanan menentang Justin itu adalah yang terakhir dalam kariernya.

Pengumuman tersebut mengejutkan bukan sahaja peminat seni bela diri (MMA) malahan seluruh dunia lebih-lebih lagi setelah dia berjaya melebarkan rekod kepada 29 pertarungan tanpa kalah.

Featured Image: UFC & Undertaker

komen