Written by 2:32 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Perkembangan Menarik Safawi Semakin Kerap Disenaraikan Dalam Skuad Utama Portimonense

Satu perkembangan menarik melibatkan penyerang sayap kebangsaan, Safawi Rasid di Portugal apabila dia sekali lagi tersenarai dalam skuad Portimonense SC.

Penyerang berusia 23 tahun itu disenaraikan oleh ketua jurulatihnya, Paulo Sergio untuk perlawanan menentang pasukan divisyen ketiga liga negara tersebut, UD Lieria dalam kejohanan kalah mati, Piala Portugal.

Bagaimanapun, Safawi menyerahkan kepada kebijaksanaan percaturan jurulatihnya samada mahu menurunkannya ataupun tidak pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 5 awal pagi esok, waktu Malaysia.

Tangkap layar daripada Instagram Story Safawi Rasid

“Alhamdulillah ada dalam senarai. Insya-Allah kalau ada rezeki…saya diturunkan.

“Saya juga bersedia beri yang terbaik jika diturunkan tetapi segala keputusan terletak di tangan jurulatih. 

“Beliau lebih tahu bila waktu sesuai untuk turunkan saya,” katanya seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.

Baca: Jurang Besar Portugal & Malaysia, MVP Seperti Safawi Perlu Ikuti Program Khas

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua Safawi disenaraikan dalam senarai pemain untuk hari perlawanan.

Kali pertama dia disenaraikan adalah ketika aksi menentang FC Porto dalam saingan Liga Primeira, awal bulan ini.

Featured Image: Portimonense Futebol SAD

(Visited 48 times, 1 visits today)
Close