Written by 4:49 pm Bola Sepak, Malaysia

Pengurus Pahang Akui Telah Berbincang Soal Kontrak Bersama Lee Tuck

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengakui telah mengadakan perbincangan bersama bekas kapten Terengganu Football Club (TFC).

Malah perbincangan tersebut hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada pemain kelahiran Halifax, England itu sahaja sebelum disahkan menyarung jersi Biru Kuning untuk saingan Liga Malaysia, musim hadapan.

Selain Lee Tuck, beliau turut mengesahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah mengadakan perbicangan bersama penyerang Argentina berusia 26 tahun, Sergio Aguero. 

Sergio Aguero ketika beraksi bersama Pulau Pinang, musim 2019 – Foto: FA Penang

“Ya, memang betul (Sergio) Aguero dan (Lee) Tuck mengadakan pertemuan bersama PBNP. Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa mereka hampir pasti menyarung jersi Pahang. 

“Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung kontrak akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.

Baca: TFC Nak Cuba ‘Ramuan’ Baharu, Saya Tiada Dalam Perancangan Mereka

Walaupun telah beraksi selama 3 musim dan berperanan selaku kapten pasukan, difahamkan Lee Tuck disisihkan oleh skuad berpangkalan di Kuala Terengganu itu kerana mahu mencari ‘ramuan’ baharu.

Bukan sahaja Lee Tuck, malahan penjaring ketiga terbanyak Liga Super 2020, Dominique da Sylva juga diketepikan daripada perancangan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Ketika ini, Pahang sedang rancak memburu pemain import baharu setelah mereka tidak menawarkan kontrak lanjutan kepada empat pemainnya iaitu Dickson Nwakaeme, Ivan Carlos, Khalil Khamis dan Adam Reed.

Featured Image: Terengganu Football Club

(Visited 158 times, 1 visits today)
Close