Written by 12:31 pm Bola Sepak, Malaysia

Tan Cheng Hoe Kekal Bimbing Harimau Malaya Sehingga 2022

Skuad senior bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya akan terus mendapat bimbingan jurulatih kelahiran Kedah, Tan Cheng Hoe sehingga ke penghujung tahun 2022.

Ini selepas pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju melanjutkan kontraknya bagi tempoh dua tahun lagi bagi membimbing Harimau Malaya mengharungi saingan Piala AFF 2020, Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

“FAM sudah setuju untuk menyambung kontrak bagi tempoh dua tahun lagi. Saya menganggap ini sebagai satu cabaran untuk saya dalam membawa pasukan kebangsaan, ke satu tahap lebih baik,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Ini merupakan kali kedua Cheng Hoe dilanjutkan kontrak oleh FAM sekaligus diberikan peranan untuk terus mengemudi skuad senior bola sepak kebangsaan.

Kali pertama adalah pada januari 2019 setelah FAM berpuas hati dengan pencapaian Cheng Hoe membimbing Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2018.

Untuk rekod, Cheng Hoe mula dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan pada disember 2017 di bawah pimpinan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden FAM pada waktu itu.

Featured Image: FAM

(Visited 78 times, 1 visits today)
Close