Written by 11:04 am Bola Sepak, Lain-Lain, Lifestyle, Malaysia

Belanjawan Terengganu 2021: Kerajaan Peruntukan RM1 Juta Baik Pulih SSMZA

Kerajaan Terengganu mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) – gelanggang rasmi bagi pasukan Terengganu Football Club (TFC).

Ianya termasuk dengan kos membaik pulih beberapa kemudahan sukan lain yang terletak di sekitar stadium di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

Grafik: Urus Setia Penerangan Darul Iman

Pengumuman itu dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2021 negeri tersebut dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.

Grafik: Urus Setia Penerangan Darul Iman

Selain itu, kerajaan pimpinan Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut memperuntukan sebanyak RM200,000 kepada Azizulhasni Awang (pelumba basikal negara) dan Khairul Anwar Mohamad (pemanah negara) sebagai bantuan sokongan atlet Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Grafik: Urus Setia Penerangan Darul Iman

Tidak ketinggalan, sebanyak RM800,000 turut diperuntukan untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) di mana daerah Kuala Nerus menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.

Grafik: Urus Setia Penerangan Darul Iman

Satu program riding peringkat nasional yang dinamakan sebagai Gateh Terengganu turut menjadi agenda kerajaan negeri pada tahun hadapan untuk Meningkatkan Prestasi Sukan dan sebanyak RM700,000 telah diumumkan untuk merealisasikannya.

Kerajaan negeri turut mengumumkan meneruskan pembinaan asrama atlet Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang terletak di Gong Badak, Kuala Nerus.

Featured Image: Terengganu Football Club

(Visited 53 times, 1 visits today)
Close