Written by 12:14 pm Lain-Lain, Lifestyle

UFC Sahkan Ulangan Pertarungan McGregor vs Poirier Pada 23 Januari

Ultimate Fighting Championship (UFC) mengesahkan ulangan pertarungan di antara atlet seni bela diri campuran (MMA) Ireland, Conor Mcgregor dan Amerika Syarikat, Dustin Poirier.

Pengumuman itu dibuat oleh UFC pada pagi tadi dan pertarungan kategori lightweight di antara kedua-duanya akan berlangsung pada 23 Januari 2021. Dijangka ianya akan diadakan di Fight Island, Abu Dhabi.

Bagaimanapun, pertarungan UFC 257 di antara McGregor (ranking ke-2) dan Poirier (ranking ke-4) pada kali  ini tidak menawarkan apa-apa gelaran.

Untuk rekod, kedua-duanya telah berentap dalam satu pertarungan UFC 178 pada 2014 lalu. 

Dalam perlawanan tersebut, McGregor hanya mengambil masa tidak sampai dua minit untuk menumbangkan Poirier menerusi tumbukan knockout pada pusingan pertama.

Tonton tumbukan knockout McGregor terhadap Poirier pada pautan video di bawah:

Featured Image: UFC

(Visited 87 times, 1 visits today)
Close