Written by 1:25 pm Lain-Lain

Khabib Nurmagomedov Beri Bayangan Kembali Ke Gelanggang UFC?

Atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov memberi bayangan untuk kembali bertarung di gelanggang Ultimate Fighting Championship (UFC) selepas mengumumkan persaraannya, sebulan yang lalu.

Bayangan itu diberikan menerusi satu muat naik gambar bersama-sama Presiden UFC, Dana White dengan kapsyen, “jumpa anda nanti @danawhite,” di laman sosialnya, semalam.

Perkembangan itu pastinya menyalakan harapan White untuk berunding bagi memujuknya kembali ke gelanggang oktagon sekali lagi untuk bertarung buat kali ke-30.

Baca: Legenda WWE, Undertaker Percaya Khabib Akan ‘U-Turn’ & Kembali Bertarung

Sebelum ini, Khabib mengejutkan dunia apabila mengumumkan persaraannya sejurus menewaskan Justin Gaethje dalam acara UFC 254 yang berlangsung di Fight Island, Abu Dhabi.

Featured Image: Instagram Khabib Nurmagomedov

(Visited 187 times, 1 visits today)
Close