Written by 1:00 am Bola Sepak, Lain-Lain • One Comment

Legenda Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Legenda bola sepak Argentina dan dunia, Diego Armando Maradona disahkan telah meninggal dunia. 

Menurut laporan dari Argentina, beliau dilaporkan meninggal dunia ekoran serangan jantung di rumahnya.

Dua minggu lalu, bekas pemain pemain Barcelona dan Napoli ini baru sahaja keluar dari hospital setelah selamat menjalani pembedahan otak ekoran darah beku.

Foto: FIFA World Cup

Maradona cukup diingati oleh seluruh peminat bola sepak dunia apabila berjaya membawa skuad kebangsaan Argentina memenangi Piala Dunia 1986.

Bersama Napoli pula, penyerang serba lincah itu telah membantu pasukan tersebut menjurai Serie A sebanyak dua kali iaitu pada musim 1986/87 dan 1989/90.

Foto: SSC Napoli

Selain beraksi sebagai pemain, Maradona turut mengemudi skuad kebangsaan Argentina sebagai pengurus pasukan semasa kejohanan Piala Dunia 2010.

Peranannya yang terakhir dalam kancah bola sepak adalah menjadi pengurus pasukan berpangkalan di tanah airnya, Gimnasia de la Plata pada 2019 hingga 2020.

Featured Image: FIFA World Cup

(Visited 378 times, 1 visits today)
Close