Written by 5:17 pm Bola Sepak, Malaysia

Shopee Tunggu Status Kehadiran Penonton ke Stadium Sebelum Meneruskan Tajaan

Syarikat platfrom e-dagang, Shopee nampaknya belum memutuskan untuk menarik diri sebagai penaja saingan bola sepak tempatan secara 100% pada musim hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani memberitahu status Shopee selaku penaja masih berada di dalam peringkat rundingan berdasarkan kehadiran penonton di stadium pada musim 2021.

Majlis pengumuman Shopee sebagai penaja utama Piala FA 2020 pada februari lalu – Foto: MFL

Perkara tersebut diberitahu menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada hari ini.

Untuk makluman, Shopee mula memeterai perjanjian kerjasama bersama MFL sejak tahun 2018. Dan awal tahun ini, mereka memperbaharui kerjasama dan menjadi ‘Title Sponsor’ bagi saingan kalah mati, Piala FA.

(Visited 31 times, 1 visits today)
Close