Written by 4:45 pm Bola Sepak, Malaysia

TM Komited Terus Taja Liga Malaysia Bagi Musim 2021

Syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM) komited untuk terus menjadi penaja utama bagi saingan Liga Malaysia, musim hadapan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan rasmi, pada hari ini.

Hasrat TM yang merupakan pemegang penyiaran eksklusif, mudah alih dan penstriman secara online Liga Malaysia diluahkan oleh wakil tertinggi syarikat tersebut kepada Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu perjumpaan yang diadakan pada 21 September lalu.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara TM Multimedia dan MFL pada februari lalu – Foto:MFL

“TM masih bersama dengan MFL dan buat masa ini kami sedang mengadakan perbincangan berkenaan ‘post mortem’ Liga Malaysia musim 2020 dan persiapan Liga Malaysia bagi musim 2021.” katanya.

Untuk makluman, TM menerusi anak syarikatnya, TM Multimedia (TMM) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan MFL selama dua tahun.

Selain daripada memegang hak penyiaran Liga Malaysia, kerjasama ini memberikan TM menjadi ‘Title Sponsor’ kepada kejohanan Piala Malaysia.

Sebagai tambahan, mereka juga menjadi penaja bersama bagi saingan Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Challenge Cup (Piala Cabaran).

Featured Image: MFL

(Visited 293 times, 1 visits today)
Close