Written by 4:52 am Bola Sepak, Malaysia

Faisal Dan Arif Sudah ‘Angguk Kepala’ Sertai TFC

Penyerang lincah, Faisal Halim atau dikenali sebagai Mickey dilaporkan sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu Football Club (TFC).

Turut sama menyatakan persetujuan adalah penyerang UiTM FC yang melakukan gol akrobatik ketika menentang Kelantan dalam saingan Piala Malaysia tempoh hari, Arif Anwar.

“Ya saya akui dua penyerang itu sudah berada dalam senarai pemain TFC dalam mengharungi cabaran Liga Malaysia musim depan selain Piala AFC.

“Pemain itu pun sudah setuju untuk menyarung jersi pasukan, jadi selepas kontraknya berakhir dengan pasukan masing-masing, kita akan menandatangani kontrak mereka.

Arif Anwar ketika menentang Kelantan – Foto: UiTM FC

“Kehadiran dua pemain meningkat naik itu bakal menambah ketajaman di jentera serangan lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam pentas Piala AFC musim depan,” kata sebuah sumber seperti dilaporkan oleh Harian Metro.

Sekitar pertengahan november, Faisal yang merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang telah mengumumkan secara rasmi meninggalkan pasukan Pahang setelah 5 tahun beraksi bersama pasukan tersebut.

Bermula dari saat itu, pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun ini kuat dikaitkan dengan TFC yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain.

Manakala Arif yang merupakan bekas pemain pasukan Harimau Muda B memainkan peranan penting di posisi serangan dalam membantu skuad The Lion Troop menduduki tangga ke-6 Liga Super 2020 dan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2020.

Featured Image: Terengganu Football Club

(Visited 65 times, 1 visits today)
Close