Written by 12:47 pm Bola Sepak, Lain-Lain

Doktor Disiasat Berkemungkinan Melakukan Pembunuhan Terhadap Maradona

Doktor yang merawat penyerang legenda, Diego Maradona dilaporkan disiasat oleh polis Argentina selepas pendakwa raya mendakwa terdapat kemungkinan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja.

Polis telah bertindak menggeledah rumah dan klinik milik pakar neurologi tersebut di ibu negara, Bueno Aires untuk mencari bukti bagi menunjukkan berlakunya kecuaian.

Bagaimanapun doktor yang berusia 39 tahun itu, menerusi satu sidang media menafikan tuduhan demikian malahan telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk membantu Maradona.

Untuk makluman, bekas penyerang yang membawa Argentina memenangi Piala Dunia 1986 tersebut dilaporkan mati kerana mendapat serangan jantung di rumahnya pada 25 november lalu.

Sumber: BBC

(Visited 192 times, 1 visits today)
Close