Artikel

Jelajah Malaysia Antara 3 Kejohanan Berbasikal Dianjurkan Tahun 2021

Kejohanan berbasikal Jelajah Malaysia (6-10 april) menjadi salah sebuah kejohanan yang akan dianjurkan pada tahun 2021 setelah ditunda sebelum ini ekoran pandemik Covid-19.

Selain itu, dua lagi kejohanan iaitu Le Tour de Fimina dan Tour of Peninsular turut akan dianjurkan dengan masing-masing dijadualkan pada 7-12 september dan 13-17 oktober.

Demikian pengumuman yang dikongsikan oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab.

Foto: LTdL

Pendaftaran ketiga-tiga kejohanan tersebut diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (ICU) namun Abu Samah menegaskan penganjurannya bergantung kepada keadaan pandemik pada tahun hadapan.

“Kalau keadaan bertambah baik, mungkin tiada masalah untuk kami mendapat kebenaran (daripada pihak berkuasa) untuk menganjurkan kesemua kejohanan ini,” katanya seperti dipetik daripada Bernama.

“Kami tidak berdepan masalah untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa pada Kejohanan Kebangsaan di Melaka pada September lalu dan tiada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan selepas berakhirnya kejohanan berkenaan,” tambahnya lagi.

Baca: Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 Batal & Dianjurkan Pada 2022 – MNCF

Sebelum ini PKBM telah mengumumkan membatalkan penganjuran kejohanan antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) yang dijadualkan pada 30 januari – 6 februari 2021 dan akan diadakan semula pada tahun 2022.

Featured Image: Le Tour de Langkawi

komen