Written by 4:34 pm Bola Sepak, Malaysia

Harga Pasukan Kedah RM30 Juta, Syarikat Dari KL Mahu Beli Sebahagian Saham

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor meletakkan nilai pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) pada harga RM30 juta.

Sanusi mendedahkan sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur sedang berunding untuk membeli sebahagian daripada saham KDA FC yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).

Untuk makluman, setakat hari ini MBI memegang 80% saham pasukan KDA FC manakala baki 20% lagi dipegang oleh KFA.

“Kita akan jual jika (kena) harganya, boleh menyara pasukan bola sepak kita. Setakat ni kita sedang teliti tawaran-tawaran (syarikat) itulah. 

“Kita (MBI) ada 80% saham dan 100% (keseluruhan) saham itu kita letak (harga) RM30 juta. Untuk 80% itu kita letak (sekitar) RM26 juta. Kalau dia boleh (bagi) harga tu, kita boleh jual.

“Ada satu syarikat yang akhir-akhir ini bersedia untuk mempertimbangkan untuk membeli 80% daripada 80% saham dimiliki MBI. Dia (syarikat) sedang berunding macam itu.

“Syarikat itu dari Kuala Lumpur dan bukan tauke kosmetik.” katanya dalam sidang media yang disiarkan Warta Kedah pada petang tadi.

Dalam makluman yang sama, Sanusi turut mengumumkan persiapan KDA FC untuk mengharungi saingan musim hadapan sudah berada di fasa terakhir.

Naib juara Liga Super 2020 itu akan mengumumkan barisan kejurulatihan dan pemain-pemain baharu sedikit masa sahaja lagi.

(Visited 423 times, 1 visits today)
Close