Written by 3:16 pm Bola Sepak, Eropah

Mustafi, Rudiger Disenarai Pendek Untuk Ditandatangani Barcelona

Shkodran Mustafi dan Antonio Rudiger dilaporkan disenarai pendek oleh FC Barcelona untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan musim sejuk kelak.

Menurut laporan media Sepanyol, kedua-dua pertahanan Jerman itu menjadi pilihan untuk menguatkan barisan pertahanan The Catalan setelah Gerard Pique dilaporkan terpaksa berehat ekoran kecederaan.

Difahamkan Pique yang mendapat kecederaan di lutunya terpaksa berehat sehingga empat bulan ekoran berlaga dengan Angel Correa ketika menentang Atletico Madrid sekitar seminggu yang lalu.

Sementara itu, seorang lagi pertahanan mereka iaitu Sergi Roberto turut ditimpa kecederaan dan dikhabarkan terpaksa berehat selama dua bulan.

Bagaimanapun pertahanan tengah Manchester City, Eric Garcia masih menjadi sasaran utama mereka namun penyenaraian Mustafi dan Rudiger adalah sebagai alternatif.

(Visited 35 times, 1 visits today)
Close