Written by 5:55 pm Bola Sepak, Malaysia

PJ City Ambil Langkah Berani Harungi Liga Super Tanpa Pemain Import

Petaling Jaya City Football Club (PJ City FC) tampil dengan langkah yang berani dengan merancang untuk menggunakan 100% pemain tempatan untuk mengharungi saingan Liga Super, musim hadapan.

Perancangan penuh berani itu dikongsikan sendiri oleh ketua jurulatih skuad The Pheonix yang baharu, P. Maniam dalam wawancara pertamanya pertamanya selaku pengendali pasukan tersebut.

“Tidak mustahil untuk bermain tanpa pemain import. Sekarang pemain tempatan juga berpeluang membuktikan nilai mereka. 

“Ini bermakna mereka tidak boleh berfikir untuk bermain secara individu, sebaliknya perlu bermain sebagai satu pasukan dan meningkatkan mutu permainan mereka untuk mencapai hasilnya.” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Darren Lok ketika menjalani latihan bersama TFC – Foto: TFC

Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh jurulatih berusia 52 tahun tersebut, PJ City akan mempertaruhkan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC iaitu Darren Lok untuk mengemudi barisan serangan.

Penyerang kacukan itu akan dibantu oleh dua penyerang muda yang dikekalkan daripada skuad musim lalu, Kogileswaran Raj dan P. Yugan untuk menggempur gawang lawan.

Maniam yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) turut merancang untuk menaikkan pangkat beberapa pemain bawah 21 tahun (B-21) daripada skuad Piala Presiden bagi membarisi skuad senior.

Christie Jayaseelan ketika menentang Terengganu FC – Foto: PJ City FC

Disamping itu, beberapa pemain senior tempatan seperti Mahali Jasuli, Christie Jayaseelan dan K Gurusamy terus dikekalkan untuk membimbing pemain-pemain muda.

Dijangka senarai penuh pemain yang akan mengharungi saingan musim hadapan akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu lagi memandangkan mereka sedang melakukan perundingan dengan beberapa pemain lain.

Featured Image: FAM

(Visited 113 times, 1 visits today)
Close