Written by 10:54 am Bola Sepak, Malaysia

TFC Sudah Ikat 5 Import, Bakal Diperkenalkan Dalam Masa Terdekat

Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) nampaknya telah melakukan persediaan awal untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021 dengan memuktamadkan lima pemain importnya.

Tanpa memberikan sebarang bayangan mengenai pemain-pemain import tersebut, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata kesemua mereka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan keyakinan dengan kualiti kelima-lima pemain import tersebut untuk membantu TFC memberikan cabaran dalam saingan musim hadapan.

Baca: TFC Buat Rombakan & Buru Pemain Punyai Pengalaman Beraksi di Liga Malaysia

“Pada saya dengan harga yang akan diberikan, Insya-Allah pasukan kita diharap menjadi pasukan yang mampu mencabar (pasukan lain),” katanya seperti dilaporkan oleh agensi berita, Bernama.

Untuk makluman, TFC yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain telah bertindak melepaskan lima pemain import musim ini termasuk kapten pasukan, Lee Tuck dan penjaring ketiga terbanyak Liga Super 2020, Dominique da Sylva.

Baca: TFC II Turut Dirombak, Dua Pemain Import Tidak Dilanjut Kontrak

Sementara itu, Hishamuddin turut memaklumkan pasukan simpanan (reserved team) iaitu TFC II yang bersaing dalam saingan Liga Premier akan menggunakan tiga pemain import sahaja.

“Peranan TFC II dengan pemain import adalah sebagai ‘back-up’ kepada TFC dan mereka sebagai pembimbing kepada pemain tempatan kita dalam TFC II,” katanya.

Difahamkan dua daripadanya merupakan pemain import musim lalu iaitu penyerang Ghana, Jordan Mintah dan pertahanan Montenegro, Argzim Redzovic.

Featured Image: Balrz.tv

(Visited 269 times, 1 visits today)
Close