Written by 5:03 pm Bola Sepak, Eropah

Calon Presiden Mahu Barcelona Guna Slogan ‘YNWA’ Sekiranya Menang

Calon presiden FC Barcelona, Joan Laporta dilaporkan mahu slogan ikonik juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool iaitu ‘You’ll Never Walk Alone(YNWA) digunapakai sekiranya memenangi pemilihan presiden kelak.

Laporta mahu slogan tersebut digunakan untuk akademi La Masia yang telah melahirkan beberapa pemain bintang ternama seperti Andres Iniesta, Sergio Busquets, Lionel Messi dan ramai lagi.

“La Masia akan dijenamakan untuk membangkitkan pemain, di bawah slogan you’ll never walk alone.

“Kami mahu ia menjadi sebuah Center for High Performance and Sport Excellence, tetapi juga untuk perkembangan individu, dimana layanan kepada setiap atlet bukan bersifat umum tetapi seorang demi seorang.” kata Laporta seperti dipetik daripada laman sesawangnya.

Laporta merupakan bekas presiden Barcelona dari tahun 2003 sehingga 2010 dan dia bertanding sekali lagi dalam pemilihan kali ini untuk membantu The Catalan kembali menjadi kuasa besar bola sepak eropah.

Selain daripada itu, antara manifestonya yang lain untuk kempen pemilihan kali ini adalah memastikan penyerang prolifik mereka, Messi melanjutkan kontrak bersama Barcelona.

Untuk makluman, slogan dan juga nyanyian lagu YNWA bukan sahaja digunakan oleh skuad The Reds. Ianya turut digunakan oleh kelab-kelab lain seperti Borussia Dortmund, Celtic, FC Twente, Mainz 05 dan beberapa lagi.

(Visited 130 times, 1 visits today)
Close