Written by 3:50 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Ketahui 4 Perkara Mengenai Jurulatih Baharu Penang FC, Tomas Trucha

Juara Liga Premier, Penang FC secara rasminya memperkenalkan ketua jurulatih baharunya, Tomas Trucha yang akan memimpin skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super 2021, pada hari ini.

Penang FC membuat keputusan untuk melantik Trucha di atas faktor beliau memiliki lesen kejurulatihan tahap tertinggi eropah iaitu UEFA Pro yang setaraf dengan lesen Pro Diploma AFC – kelayakan wajib untuk melatih mana-mana pasukan Liga Super.

Baca: Pulau Pinang Cari Jurulatih Baharu Yang Boleh Kekalkan Corak ‘Tiki-Taka’

Di sini kami kepilkan empat perkara menarik untuk pengetahuan para penyokong Penang FC dan peminat tempatan mengenai Tomas Trucha:

#1 Latar Belakang Tomas Trucha

Trucha ketika sesi latihan FC Zbrojovka Brno

Trucha dilahirkan pada 17 Oktober 1971 dan kini berusia 49 tahun. Merupakan warganegara Republik Czech dan dia dikatakan memulakan karier kejurulatihannya sejak zaman mudanya lagi. Selain daripada melatih dan menguruskan pelbagai kelab, Trucha pernah membimbing skuad kebangsaan bawah 16 tahun (B-16) negaranya. 

#2 Pengalaman Bersama Viktoria Plzen & Kancah Liga Europa

Trucha ketika bersama pasukan Viktoria Plzen

Antara pengalaman mahal dalam karier kejurulatihan Trucha adalah ketika menjadi penolong pengurus kepada Roman Pivarnik bersama salah sebuah kelab terkenal negaranya, Viktoria Plzen. Selain daripada membimbing pasukan tersebut meraih naib juara liga, Trucha turut memainkan peranan ketika pasukan tersebut bersaing dalam kancah Liga Europa 2016/17. Bagaimanapun, jodohnya bersama Viktoria Plzen hanya bertahan semusim.

#3 Dua Tahun Terakhir Dihabiskan Melatih Pasukan Afrika

Trucha ketika diperkenalkan sebagai pengurus AFC Leopard

Selepas bersama Viktoria Plzen, Trucha berhijrah ke pasukan lain yang turut berpangkalan di negaranya iaitu FC Zbrojovka Brno selama semusim. Selepas itu, Trucha mula membuka lembaran baharu dengan berkelana di benua afrika. Antara pasukan yang dilatihnya di sana adalah Orapa United FC, Township Rollers (Negara Botsuana) dan AFC Leopards (Negara Kenya).

#4 Pernah Disamakan Dengan Guardiola dan Klopp

Semasa menjadi pengurus kelab berpangkalan di Kenya iaitu AFC Leopard, pengerusinya, Dan Shikada pernah meletakkan Trucha setaraf dengan pengendali ternama eropah seperti Pep Guardiola, Jose Mourinho dan Jurgen Klopp. Dilaporkan oleh portal berita bola sepak terkenal, Shikada terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk memujuk para penyokong tentang kualiti yang dimiliki oleh Trucha.

Featured Image: Township Rollers FC

(Visited 297 times, 1 visits today)
Close