Written by 5:19 pm Bola Sepak, Malaysia

MUFC Pancing Khidmat Seorang Penyerang Senior Skuad Harimau Malaya, Siapakah?

Melaka United Football Club (MUFC) bakal mengikat seorang penyerang skuad kebangsaan, Harimau Malaya berstatus senior untuk mengharungi saingan Liga Super 2021.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dalam satu sidang media khas yang diadakan pada petang tadi.

Difahamkan penyerang ini dibawa bagi menggantikan kapten pasukan, Safiq Rahim yang tidak diteruskan khidmatnya bersama skuad Hang Tuah bagi saingan musim hadapan.

“(Mengenai) kedudukan Safiq Rahim kita telah membuat keputusan, kita tidak meneruskan khidmat beliau, 

“Kita nak bawa (pemain) senior yang ada nama dalam Malaysia ini untuk menggantikannya, 

“Kita sedang buat perbincangan dengan pemain ini, beliau merupakan pemain skuad kebangsaan pada ketika ini, (dan) posisinya forward.” katanya kepada para wartawan.

Berdasarkan bayangan yang diberikan, hanya dua pemain menepati apa yang dimaksudkan oleh Saiful.

Foto: BG Pathum United

Mereka ialah penyerang BG Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha dan bekas penyerang Kedah, Zaquan Adha.

Dengan BG Pathum United telah mengumumkan ketibaan penyerang baharu mereka iaitu Diogo Luis Santo, ia mengesahkan lagi kepulangan Matyo ke tanah air.

Foto: FA Kedah

Sementara itu, Zaquan yang berkhidmat selama dua musim bersama skuad Helang Merah telah diumumkan dilepaskan secara rasmi oleh kelab.

Difahamkan penyerang ini akan diumumkan sebagai pemain MUFC dalam masa terdekat.

Dalam sidang media yang sama, MUFC turut mengumumkan mengekalkan ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan walaupun sebelum ini desas-desus kuat mengatakan beliau bakal disisihkan.

Featured Image: Football Association of Malaysia & FA Kedah

(Visited 223 times, 1 visits today)
Close