Written by 11:43 am Bola Sepak, Eropah

Penerbit Kingsman & Thierry Henry Bekerjasama Hasilkan Drama Day 1’s

Penerbit francais filem Kingsman iaitu Matthew Vaughn bakal bekerjasama bersama penyerang legenda dunia, Thierry Henry untuk menerbitkan sebuah drama bersiri televisyen (TV) berjudul Day 1’s.

Menurut portal hiburan, Variety mengatakan drama bersiri itu berkisarkan tentang seorang pemain muda bernama Dezmond King dan rakan-rakannya membina reputasi dan mengharungi kesusahan dalam dunia bola sepak di British.

Matthew menerusi syarikat penerbitannya, Marv akan berkerjasama dengan Henry dan juga ejennya, Darren Dein sebagai penerbit eksekutif untuk drama yang melibatkan 10 episod tersebut.

Selain itu, Henry yang kini merupakan pengurus pasukan Major League Soccer (MLS), Montreal Impact dikhabarkan akan turut serta membintangi drama tersebut.

Difahamkan proses penggambaran drama bersiri Day 1’s ini akan bermula pada 2021 kelak dan ianya turut melibatkan Hera Pictures sebagai penerbit bersama.

(Visited 104 times, 1 visits today)
Close