Written by 1:20 pm Lain-Lain, Permotoran

Juara Rali Dunia Terpaksa Jual Proton Waja Bagi Membeli Kereta Baharu Untuk Dibuat E-Hailing

Juara Kejohanan Rali Dunia Kategori Produksi (Production WRC) 2002, Karamjit Singh terpaksa menjual kereta peribadinya, Proton Waja untuk memulakan ‘kerjaya baharu’ sebagai pemandu e-hailing.

Kereta tersebut terpaksa dijualnya kerana usianya terlalu tua dan tidak boleh didaftarkan untuk digunakan sebagai ‘Grab Car’.

Karamjit yang sinonim dengan gelaran The Flying Sikh bercadang ingin menjual kereta tersebut bagi membeli kereta baharu iaitu Proton Saga versi manual.

Harga yang diletakkan oleh Karamjit terhadap Proton Waja model tahun 2004 tersebut adalah hanya RM7,500. Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman sosialnya, pada minggu lalu.

Tangkap layar daripada laman sosial The Flying Sikh

Bagaimanapun, difahamkan menerusi makluman terbaharu di laman sosialnya, kereta tersebut telah berjaya dijual dan telah selamat dihantar kepada tuan baharu.

Untuk makluman, Karamjit merupakan pelumba rali buat pasukan Petronas EON Racing Team (PERT) suatu masa dahulu.

Bersama pasukan ini, Karamjit telah memenangi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) buat kali pertama pada tahun 2001 sebelum beraksi dalam saingan kejuaraan dunia.

Selain itu, Karamjit juga merupakan pemenang Kejuaraan Rali Malaysia sebanyak 16 kali.

(Visited 5,050 times, 1 visits today)
Close