Saingan MotoGP 2020 dilihat lebih meriah tanpa kehadiran juara bertahan dunia, Marc Marquez yang terpaksa berehat selama sebulan selepas menjalani pembedahan lengannya.
Marquez terpaksa melupakan impian untuk meraih kejuaraan dunia ke-9 pada saingan MotoGP musim ini selepas terlibat dalam satu kemalangan semasa perlumbaan pertama, GP Spanish.
Kemalangan itu menyebabkan Marquez mengalami keretakan di humerus kanannya. Berdasarkan makluman, pelumba berusia 27 tahun itu akan kembali ke saingan MotoGP seawal-awalnya hujung september kelak iaitu pada perlumbaan Catalan GP.
Caer está permitido, levantarse es una obligación 💪🏼
Gracias a tod@s por los mensajes de apoyo!
Falling is allowed, getting up is an obligation 💪🏼
Thank you all for the messages of support!#MM93 pic.twitter.com/dwVrbJT0nS— Marc Márquez (@marcmarquez93) August 5, 2020
Pemerhati MotoGP, Carlo Pernat merasakan saingan motorsikal kelas premier akan menjadi lebih meriah dengan ketidakhadiran Marquez. Ia juga akan membuka peluang kepada pelumba-pelumba lain untuk memenangi perlumbaan.
“Tiada lagi (pelumba) fenomena, sepertimana Marquez berada di atas trek. Apabila (pelumba) fenomena tiada, semua (persaingan) akan menjadi terbuka, dan tiada lagi primadona.”
“Kita dapat menjangkakan pelumba berlainan (daripada biasa) menaiki podium, Marc telah menaikkan standard.” kata Pernat seperti dipetik daripada GPOne.
Apa yang diperkatakan oleh Pernat itu terbukti benar semasa perlumbaan ke-3 MotoGP di GP Czech pada ahad lalu.
Dalam perlumbaan tersebut, pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder mengejutkan seluruh peminat sukan permotoran apabila muncul juara buat pertama kali sejak dinaikkan pangkat daripada Moto2 kepada MotoGP, musim ini.
Sebelum itu, pelumba muda daripada pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo telah memenangi dua siri perlumbaan awal MotoGP iaitu GP Spanish dan GP Andalusia.
Foto: Repsol Honda Team