Artikel

Ole tidak bercadang rehatkan pemain utama De Gea, Maguire dan Bruno dalam saingan Liga Europa

Pemain-pemain utama seperti David De Gea, Harry Maguire dan Bruno Frenandes tidak akan direhatkan oleh pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer menjelang saingan menentang LASK, awal pagi esok.

Ini kerana Ole mensasarkan untuk mengemudi Manchester United menjuarai saingan Liga Europa 2019/20 walaupun telah membolot slot ke Liga Juara-Juara UEFA 2020/21 secara automatik setelah berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-3 musim ini.

Foto: Manchester United

“Dan itulah fokus kami. Sudah tentu, pemain-pemain mahu bermain, mereka tidak mahu direhatkan. Mereka berada dalam kedudukan mahu bermain. 

“Mereka sering ganggu saya, ‘saya mahu bermain, saya tak mahu direhatkan’. Bukan senang untuk berkata ‘awak direhatkan’ kepada pemain-pemain berkualiti sebegini.” jelas Ole ketika ditanyakan samada bakal menurunkan pemain-pemain utama ataupun tidak.

Foto: Manchester United

Selain daripada pemain-pemain tersebut, Ole juga mengesahkan akan menurunkan Jesse Lingard sebagai pemain kesebelasan utama. 

Sebagai tambahan, Ole mengatakan barisan pemain yang akan diturunkan pagi esok tidak banyak berbeza dengan skuad yang diturunkan ketika pusingan pertama, mac lalu.

Untuk rekod, kali terakhir mereka menjuarai Liga Europa adalah pada musim 2016/17 di bawah kendalian Jose Mourinho dimana mereka menewaskan Ajak Amsterdam 2-0 hasil jaringan Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan.

Foto Kredit: Manchester United

komen