Ketua jurulatih Ghana, CK Akonnor menasihatkan pemain tengah, Thomas Partey agar menolak perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.
Partey yang merupakan tonggak utama Atletico Madrid dilaporkan menjadi sasaran utama skuad kendalian Mikel Arteta pada jendela perpindahan kini. Dia diletakkan harga sekitar 45 juta pound.
Bagi Akonnor, sekiranya Partey memilih untuk bermain bersama Arsenal, pemain berusia 27 tahun itu akan terlepas saingan di peringkat tertinggi eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
“Sejujurnya, saya tidak mahu dia berpindah ke Arsenal kerana bersama Atletico, dia sentiasa akan bermain bola di peringkat UCL. “
“Posisinya juga terjamin dan dia akan bermain dengan kerap,” kata Akonnor dalam satu temu bual bersama Starr FM.
“Bersama Arsenal saya tidak begitu yakin. Peminat Arsenal pastinya akan bunuh saya (sebab berkata dia tidak patut sertai Arsenal).
“Saya harap (dia kekal), dan saya yakin isu-isu kewangan akan keluar, tetapi saya mengharapkan berapa banyak (gaji) dia minta, Atletico dapat membayarnya.” ulasnya lagi.
Partey melakukan debutnya pada tahun 2015 dan sejak daripada itu dia menjadi tonggak utama dalam perancangan Diego Simeone. Dia mempunyai kontrak bersama Lob Rojiblancos sehingga tahun 2023.
Selain itu, pemain dengan ketinggian 1.85 meter ini merupakan naib juara UCL 2015/16, juara Liga Europa 2017/18 dan pemenang UEFA Super Cup 2018.
Foto: Atletico Madrid