VIDEO: Gol ‘chip’ Dominique kejutkan PJ City
August 22, 2020 Hafizuddin Omar

Dua gol daripada penyerang Mauritania, Dominique da Sylva memastikan Terengganu FC mengejutkan Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Gol pertama hadir pada separuh masa pertama apabila Dominique mengambil peluang hasil daripada kesilapan Mahali Jasuli melakukan ‘backpass’ gagal sampai kepada rakan sepasukannya.

Dominique pantas merampas bola tersebut dan melakukan larian solo dari garisan tengah padang sebelum menewaskan penjaga gol The Pheonix, Ahmad Syihan pada minit ke-31.

Pada minit ke-73 Dominique sekali lagi menjaringkan gol buat Terengganu FC untuk memastikan mereka mendahului dengan lebih selesa, dua gol dihadapan.

Menerusi satu lorongan cantik oleh Faiz Nasir kepada penyerang tinggi lampai itu, Dominique melakukan larian melepasi tiga pertahanan PJ City kemudiannya melakukan ‘chip’ terus ke dalam gol.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga pengadil, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim meniup wisel menandakan tamatnya perlawanan.

Ketika ini Dominique yang merupakan bekas penyerang yang beraksi di Liga Vietnam telah mengumpul enam gol dalam saingan sulung di CIMB Liga Super 2020.

Foto: Malaysian Football League

Komen