Tahun lalu menyaksikan tiga pemain bola sepak mendominasi senarai atlet sukan berpendapatan tinggi dunia, menurut senarai yang dikeluarkan oleh majalah bisnes, Forbes.
Tiga pemain bola sepak tersebut ialah penyerang Paris Saint-Germain, Neymar (tangga ke-3), penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tangga ke-2) dan penyerang FC Barcelona, Lionel Messi (tangga pertama).
Bagaimanapun, pemain bola sepak tidak lagi mengisi tangga pertama dalam senarai yang dikeluarkan oleh Forbes untuk tahun 2020, pada mei lalu.
Pandemik Covid-19 yang melanda sejak daripada awal tahun ini turut memberikan kesan secara langsung kepada pendapatan para atlet seluruh dunia.
Ia sekaligus merubah kedudukan kekayaan atlet-atlet pelbagai lapangan sukan seluruh dunia. Berikut adalah senarai 10 atlet sukan berpendapatan tinggi dunia bagi tahun ini:
10. Carson Wentz ($59.1 Juta)
Warganegara: Amerika Syarikat
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $55.1 Juta
Pengiklanan: $4 Juta
Penaja: Amazon, Bose, Fanatics, Nike, NRG Energy & Wheels Up
Wentz merupakan pemain bola sepak Amerika untuk pasukan Philadelphia Eagles yang bersaing dalam saingan National Football League (NFL). Berumur 27 dan mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga tahun 2023.
9. Kirk Cousins ($60.5 Juta)
Warganegara: Amerika Syarikat
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $58 Juta
Pengiklanan: $2.5 Juta
Penaja: Bose, CenturyLink, Nike & Panini
Cousins juga merupakan seorang pemain bola sepak Amerika yang bersaing dalam kancah NFL. Berusia 32 tahun dan dia merupakan pemain untuk pasukan Minnesota Vikings.
8. Tiger Woods ($62.3 Juta)
Warganegara: Amerika Syarikat
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $2.3 Juta
Pengiklanan: $60 Juta
Penaja: Bridgestone, Discovery Communications, Inc, Hero Motocorp, Monster Energy, Nike, Rolex, TaylorMade & Upper Deck
Di tangga ke-8 adalah bintang golf tersohor dan pemenang 18 kali kejuaraan dunia, Tiger Woods. Berusia 44 tahun dan telah berkecimpung dalam sukan golf secara profesional hampir 25 tahun.
7. Kevin Durant ($63.9 Juta)
Warganegara: Amerika Syarikat
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $28.9 Juta
Pengiklanan: $35 Juta
Penaja: Degree, Master & Dynamic, Nike & YouTube
Di tangga ke-7 adalah pemain bola keranjang dalam saingan National Basketball Association (NBA). Ketika ini Durant, 31 tahun, merupakan pemain bagi pasukan Brooklyn Nets dan mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga tahun 2023.
6. Stephen Curry ($74.4 Juta)
Warganegara: Amerika Syarikat
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $30.4 Juta
Pengiklanan: $44 Juta
Penaja: Callaway Golf, Chase, Fanatics & Under Armour
Seorang lagi pemain NBA yang mengisi senarai atlet dengan pendapatan tinggi dunia untuk tahun 2020. Dua kali dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dan merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi dalam saingan NBA tiga tahun berturut-turut, sebelum ini.
5. LeBron James ($88.2 juta)
Warganegara: Amerika Syarikat
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $28.2 Juta
Pengiklanan: $60 Juta
Penaja: 2K Sports, AT&T, Beats Electronics, Coca-Cola, GMC, KIA Motors, Nike, RIMOWA & Walmart
Bintang sukan bola keranjang masa kini, LeBron James menduduki tangga ke-5. Dinobatkan sebagai MVP sebanyak empat kali, LeBron James kini beraksi bersama pasukan Los Angeles Lakers sejak tahun 2018.
4. Neymar ($95.5 Juta)
Warganegara: Brazil
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $70.5 Juta
Pengiklanan: $25 Juta
Penaja: Beats Electronics, DAZN, Electronic Arts, Gillette, Mastercard, Nike, Red Bull & TCL
Bintang bola sepak Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menjadi atlet sukan ke-4 dan pemain bola sepak ke-3 dengan pendapatan tertinggi dunia. Terkenal dengan kehebatan gelecekannya, pemain berusia 28 tahun ini memegang rekod sebagai pemain dengan yuran perpindahan tertinggi iaitu $263 juta semasa berhijrah daripada FC Barcelona ke PSG.
3. Lionel Messi ($104 Juta)
Warganegara: Argentina
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $72 Juta
Pengiklanan: $32 Juta
Penaja: Adidas, Gatorade, Huawei, Mastercard & Pepsi
Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi menduduki tangga ke-3 dalam senarai ini. Bintang Argentina berusia 33 tahun ini merupakan penjaring terbanyak buat FC Barcelona dan beliau mempunyai kontrak seumur hidup bersama syarikat penyedia barangan sukan gergasi, Adidas.
2. Cristiano Ronaldo ($105 Juta)
Warganegara: Portugal
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $60 Juta
Pengiklanan: $45 Juta
Penaja: Altice, DAZN, Herbalife, MTG, Nike & Unilever
Pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo pula berada di tangga ke-2 atlet dan pemain bola sepak paling tinggi pendapatannya untuk tahun 2020. Setelah sembilan tahun bersama Real Madrid, Cristiano berhijrah ke Juventus pada tahun 2018.
1. Roger Federer ($106.3 Juta)
Warganegara: Switzerland
Gaji & Ganjaran Kemenangan: $6.3 juta
Pengiklanan: $100 juta
Penaja: Barilla, Credit Suisse Group (ADS), Mercedes-Benz, Rolex, Uniqlo & Wilson Sporting Goods
Di tangga pertama, atlet yang meraih pendapatan tertinggi bagi tahun 2020 adalah bintang tenis, Roger Federer. Ini merupakan kali pertama atlet berusia 39 tahun ini menduduki tangga pertama dalam senarai ini. Antara penyumbang terbesar kepada pendapatan pemenang Grand Slams sebanyak 20 kali ini adalah tajaan daripada syarikat pakaian Jepun, Uniqlo.