‘Malaysia Berjaya’ Hiasi Jersi Baharu Home & Away Cardiff City
August 28, 2020 Hafizuddin Omar

Kelab yang bersaing dalam kancah Liga Kejuaraan England, Cardiff City telah melancarkan jersi Home dan Away baharu untuk mengharungi saingan musim 2020/21, semalam.

Seperti kebiasaan jersi tersebut hadir dengan warna tradisi mereka iaitu biru untuk jersi Home. Manakala untuk jersi Away pula hadir dengan warna dash green

Dan perkara yang paling menarik mengenai rekaan jersi baharu skuad The Bluebirds adalah ruangan penaja di bahagian hadapan jersi dimuatkan dengan perkataan ‘Malaysia Berjaya’.

Jersi Away Cardiff City FC 2020/21

“Sejak 2011, saya berbesar hati dapat membantu mempromosikan negara saya melalui muka hadapan jersi kita.”

“Untuk musim 2020/21, muka hadapan jersi kita akan dihiasi ‘Malaysia Berjaya’, merujuk kepada negara, sudah semestinya, tetapi juga (merujuk) kepada Berjaya Corporation yang diasaskan pada tahun 1984 dan sentiasa merentasi sempadan global sehingga hari ini.”

https://twitter.com/CardiffCityFC/status/1298908408104521728?s=20

“Saya sangat berbangga dengan negara saya dan Berjaya Corporation; Berjaya bermaksud kejayaan di dalam bahasa melayu dan perkara itu saya menjadi harapan besar kepada Neil Harris dan pemain-pemain kita dalam kempen akan datang.”

“Berjaya Malaysia: kejayaan untuk Malaysia dan Cardiff City.” kata pemilik kelab, Tan Sri Vincet Tan dalam satu kenyataan rasmi.

Jersi Away musim lepas akan dijadikan jersi ke-3 untuk saingan musim ini.

Dalam pelancaran yang sama, Cardiff City turut memaklumkan jersi Away – warna jingga dengan belang biru – pada musim lepas akan didaftarkan sebagai jersi ketiga untuk saingan musim ini.

Jersi Home dan Away variasi replika keluaran Adidas ini sudah dibuka untuk pra-tempahan penyokong-penyokong di sana.

Untuk makluman, musim-musim sebelum ini ruangan penaja utama Cardiff City itu dihiasi dengan perkataan ‘Visit Malaysia’.

Foto: Cardiff City FC

Komen