Hanya disebabkan mencium bola, seorang pemain bola sepak di Ecuador, Sergio Lopez telah didenda sebanyak $1200.
Pemain tengah kelab Aucas berusia 31 tahun itu menjadi pemain pertama yang dihukum atas kesalahan tersebut oleh jawatankuasa liga utama Ecuador, Liga Pro.
Lopez yang merupakan pemain kelahiran Argentina melakukan kesalahan berkenaan ketika pasukannya berjaya menumpaskan Macara, 1-0 pada jumaat lalu.
Kesalahan tersebut di bawah peraturan kebersihan pencegahan Covid-19 yang diperkenalkan sejak kembalinya saingan liga bola sepak negera tersebut pada ogos lalu setelah ditunda selama lima bulan.
Selain itu, lima pemain turut didenda sebanyak $1200 seorang kerana bertukar jersi – salah satu peraturan yang dilarang – selepas daripada perlawanan yang berlangsung pada 16 ogos lalu.
Manakala dua pasukan iaitu Liga de Portoviejo didenda kerana tidak menyediakan kit bantuan awal dan Barcelona SC pula tidak menyediakan cecair pembasmi kuman.
Untuk rekod, Ecuador telah mencatatkan 114,000 jangkitan dan hampir 6,600 kematian disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Sumber: AFP