Artikel

Sumareh Sarung Jersi No.13 Bersama Police Tero FC

Kelab berpengkalan di Thailand, Police Tero FC mengumumkan ketibaan penyerang baharu, Mohamadou Sumareh secara rasmi.

Sumareh, 25 tahun, yang merupakan penyerang naturalisasi skuad kebangsaan Malaysia diumumkan oleh skuad The Silver Shield Dragons menerusi laman sosial pasukan berkenaan, petang tadi.

Menurut kenyataan rasmi kelab, Sumareh didatangkan oleh Police Tero FC bagi tujuan memperkukuhkan bahagian serangan untuk mengharungi baki saingan Thai League 1 yang akan bersambung bermula 12 september.

Turut dimaklumkan, Sumareh diberikan jersi bernombor 13 namun pemain kelahiran Gambia ini tidak akan diturunkan dalam perlawaan terdekat menentang Port FC. 

Hal ini kerana Sumareh perlu mematuhi arahan kuarantin sebagai langkah untuk membendung penyebaran Covid-19.

Featured Image: Everything Thai Football

komen