TMJ: Pengadil Wan Tarmizi Sepatutnya Beri Penalti Kepada Terengganu FC
September 12, 2020 Hafizuddin Omar

Mutu pengadilan rendah oleh Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim semasa mengadili perlawanan di antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam, mengundang kritikan ramai peminat bola sepak.

Manakan tidaknya, terdapat beberapa insiden dilihat tidak mendapat hukuman yang selayaknya sekaligus menyebabkan perlawanan menjadi ‘panas’ dan tegang di antara kedua-dua pasukan.

Foto: Terengganu Football Club

Paling menjadi tumpuan adalah insiden melibatkan terjahan tinggi berbahaya oleh penyerang Dominic Da Sylva ke atas Natxo Insa. Pengadil hanya melayangkan kad kuning.

Selain itu, Terengganu FC pula dinafikan beberapa sepakan penalti apabila pemain-pemainnya dikasari di dalam kotak penalti.

Turut senada dengan kritikan yang dilemparkan oleh majoriti peminat adalah pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Tangkap layar komen TMJ di laman sosial Terengganu FC.

“Bukan mudah untuk kami JDT. Pengadil teruk dan tidak mengawal perlawanan dengan baik.”

“Sepatutnya 1 atau 2 penalti buat Terengganu dan kad merah terhadap penyerang Terengganu yang melakukan terjahan yang tinggi.”

“Apa apa pun perlawanan sudah tamat. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.” ulas baginda dalam satu komen yang ditinggalkan di laman sosial Terengganu FC, pagi tadi.

Foto: Terengganu Football Club

Walaupun keputusan-keputusan yang dibuat oleh Wan Tarmizi banyak tidak memihak kepada Terengganu FC, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuji semangat profesionalisme yang dipimpin oleh kapten Lee Tuck.

“Sikap profesionalisme yang tinggi oleh kapten, dan potensi yang tinggi oleh pemain muda.” tambah baginda lagi.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 1-0 hasik jaringan Safawi Rasid pada minit ke-5 permainan.

Tonton highlights penuh pada pautan video di bawah:

Featured Image: Terengganu Football Club

Komen