Artikel

Neymar Tinggalkan Nike, Ucap Selamat Datang Puma

Puma mengumumkan menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama pemain bintang Brazil, Neymar dan juga syarikat pemegang hak imejnya, NR Sports, hari ini.

Dengan pengumuman ini, penyerang berusia 28 tahun itu secara rasminya menamatkan kerjasama 15 tahun bersama Nike sebelum ini.

Sejajar dengan makluman ini, Neymar dijangka akan menyarung but legenda syarikat sukan terbabit iaitu Puma King untuk saingan baharu bola sepak musim 2020/21.

https://www.instagram.com/p/CFB4fOcKCjN/?igshid=q6t5kfwob3jb

Ia sekaligus mengikut jejak langkah legenda terkemuka dalam sejarah bola sepak dunia seperti Pele, Cruyff, Matthaus, Eusebio dan Maradona menyarung but yang sama.

Selain itu, Neymar yang merupakan pemain Paris Saint-Germain (PSG) turut dilantik sebagai duta Puma. Dia akan menggayakan dan mempromosikan segala pakaian jenama Puma termasuk sukan-sukan lain seperti bola keranjang dan sebagainya.

https://www.instagram.com/p/CFB_GpUH1Lh/?igshid=76gzglfw4e31

komen