Kelab gusti lengan berpangkalan di Kemaman, Pangolin Arms mengumumkan akan menganjurkan kejohanan Super 16 Armwrestling, bermula 18 hingga 19 september 2020.
Kojahanan gusti lengan ini yang pertama diadakan sejak Malaysia dilanda pandemik Covid-19.
Ia juga menjadi eksperimen besar buat penganjur mengadakan kejohanan dalam tempoh wabak sebegini.
“Saya berbesar hati untuk menganjurkan (kejohanan) Super 16 Armwrestling tahun ini.
“Tahniah kepada komuniti penggusti lengan dari pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), di mana mereka menjadi tumpuan kepada sukan gusti di Malaysia.” kata Presiden Pangolin Arms, Azlinda Adnan.
Penganjur turut memaklumkan kejohanan tersebut akan mengambil tempatnya dalam sebuah dewan di Cherating, Pahang secara tertutup.
Tiada sebarang penonton akan dibenarkan masuk ke dalam dewan manakala kehadiran pengamal media akan dikawal.
Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki dewan.
Meja gusti akan disanitasi secara konsisten dan peserta perlu memakai pelitup muka semasa pertarungan.
Terdapat enam kategori dan melibatkan sekitar 100 orang peserta penggusti lengan yang akan terlibat.
Penganjur memaklumkan mereka akan mengatur jadual pertarungan dengan sebaiknya supaya 100 orang peserta tidak berkumpul di dalam dewan dalam pada satu masa.