Pasukan berpangkalan di pantai timur, TRW Kelantan FC mengumumkan pertandingan reka bentuk logo baharu, hari ini.
Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu usaha pihak pengurusan di bawah pemilik baharu, Norizam Tukiman untuk memberikan imej yang lebih segar buat TRW Kelantan FC.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di lamam sosialnya, pada petang tadi.
Pertandingan reka bentuk logo ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tempoh pertandingan adalah sekitar 11 hari. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum daripada jam 12 tengah malam, 26 september.
Setiap logo yang dihantar mestilah hasil kerja asli dan disertakan dengan penerangan. Pemenang pertandingan ini akan menerima wang tunai RM3000 dan barangan eksklusif TRW Kelantan FC.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleb merujuk poster di bawah: