Artikel

EPL Tandatangan Perjanjian Penyiaran Baharu Bersama Tencent Sports di China

Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan telah menandatangani perjanjian baharu melibatkan hak penyiaran bagi perlawanan-perlawanan liga berkenaan di negara China bersama platform digital, Tencent Sports.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi satu hantaran di laman sosial mereka, semalam. Ia sekaligus menggantikan perjanjian lama yang telah dibatalkan bersama syarikat televisyen, PPTV ekoran tunggakan pembayaran.

Dengan perjanjian penyiaran bersama Tencent Sports, para peminat EPL di China dapat mengikuti berita dan perkembangan terbaru kelab-kelab kesayangan mereka menerusi WeChat, QQ.com, Tencent Video, Penguin Live App, Tencent News App, Tencent Sports App dan Kan Dian.

Mereka boleh mula menonton baki siaran langsung kesemua perlawanan-perlawanan EPL musim ini bermula sabtu ini, 19 september 2020.

Sehubungan itu, mereka juga mengumumkan separuh daripada baki perlawanan musim ini akan disiarkan percuma bagi yang melanggan servis Tencent Sports.

komen