JDT Kekal Dalam ‘Game’ eFootball PES 2021
September 22, 2020 Hafizuddin Omar

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan tunggal berpangkalan di tanah air yang kekal dalam permainan video eFootball PES 2021.

Ini merupakan kali kedua pasukan dengan julukan skuad Harimau Selatan disertakan dalam permainan video terbitan Konami ini setelah muncul buat pertama kali pada tahun lalu.

Permainan video eFootball PES 2021 dilancarkan secara rasmi pada minggu lalu menerusi satu makluman di laman sosialnya.

Edisi terbaharu PES kali ini memfokuskan kemaskini musim (season update) di mana ianya lebih kepada kemaskini senarai pemain-pemain, jersi pasukan, stadium dan beberapa perkara lagi.

Untuk makluman, PES merupakan pemegang lesen bagi kejohanan Liga Juara-Juara AFC (AFC Champions League) di mana JDT merupakan salah sebuah pasukan yang bertanding dalam saingan tersebut sejak tahun lalu.

Featured Image: AFC Champions League

Komen