Artikel

JDT Ikut Jejak Langkah Manchester United & Liverpool

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah merasmikan ‘Luciano Figueroa Stand’ – salah satu seksyen tempat duduk di dalam Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Ia sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada bekas penyerangnya, Luciano Figueroa yang telah membantu JDT memenangi dua kejuaraan Liga Super (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015.

https://www.instagram.com/p/CFbQv9CD7lJ/

“Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Tunku Ismail dalam majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, H.E Manuel Balaguer Salas.

Menamakan sesebuah stand di dalam stadium dengan nama bekas pemain terutamanya yang berstatus legenda bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. 

Sebagai contoh, dua buah kelab yang bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United dan Liverpool telah melakukan perkara sedemikian.

Pada 2016 Manchester United telah menamakan kembali South Stand di dalam Stadium Old Trafford kepada The Sir Bobby Charlton Stand sebagai memperingati jasa Sir Bobby Charlton bersama The Red Devil.

Manakala juara bertahan EPL, Liverpool turut menukarkan nama Centenary Stand kepada The Sir Kenny Dalglish Stand pada tahun 2017 sebagai penghargaan kepada bekas penyerang dan pengurus legenda yang telah membawa pelbagai kejayaan kepada The Kop, Sir Kenny Dalglish.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen