Michael Jordan Tubuh Pasukan Nascar, Mahu Beri Peluang Kepada Pelumba Kulit Hitam
September 23, 2020 Hafizuddin Omar

Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan memilih untuk mengubah arah dalam hidupnya dengan mencuba sukan baharu.

Beliau yang sememangnya dianggap sebagai ikon dalam dalam sukan bola keranjang beralih arah dengan menubuhkan pasukan Nascar.

Ditubuhkan bersama-sama bekas juara Daytona 500 sebanyak tiga kali, Denny Hamlin.

Jordan berharap dengan penubuhan pasukan tersebut ianya akan menjadi platform kepada lebih ramai pelumba kulit hitam dalam kancah sukan Nascar ini.

“Berdasarkan sejarah, Nascar mempunyai masalah dari segi kepelbagaian (pelumba) dan hanya ada beberapa sahaja pemilik pasukan yang terdiri daripada etnik berkulit hitam.”

“Waktu ini adalah masa yang terbaik Nascar melalui evolusi dan menghadapi perubahan sosial dengan lebih lagi,” katanya menerusi BBC Sport.

Pasukan yang diterajui oleh Jordan dan Hamlin ini hanya akan menggunakan seorang sahaja pemandu berbanding dua seperti yang dilakukan oleh majoriti pasukan.

Bubba Wallace diangkat sebagai pemandu tunggal untuk pasukan tersebut.

“Ini merupakan satu peluang yang unik dan hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup.”

“Saya rasakan peluang ini amat bersesuaian untuk karier saya,” kata Wallace yang dalam masa yang sama masih mengekalkan komitmennya bersama pasukan Joe Gibss Racing.

Untuk rekod, Jordan hanya merupakan individu kulit hitam kedua yang memiliki pasukan Nascar di peringkat tertinggi.

Nama pasukan, penaja dan kereta bakal diumumkan kelak dan mereka bakal bersaing untuk musim 2021.

Featured Image: Nascar

Komen