Pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho meminta menukarkan tiang gol selepas mendapati ukurannya kurang 5cm berbanding piawaian yang ditetapkan dalam satu aksi kelayakan Liga Europa, awal pagi tadi.
Pada awalnya, ianya disedari oleh salah seorang penjaga gol Spurs semasa mereka melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum daripada sepak mula menentang KF Shkendija.
“Sebelum daripada perlawanan (bermula) situasinya sangat kelakar kerana penjaga gol beritahu saya gol (itu) kecil.”
“Saya ke sana untuk lihat sendiri dan memang kecil. Penjaga gol sentiasa duduk di gol jadi memang (mereka) tahu.”
“Saya terus dapat rasakan sesuatu tidak kena dan kami (panggil) delegasi UEFA (ukur) dan ianya kurang 5cm. Kami minta (tukar) gol dengan ukuran yang sepatutnya.” katanya seperti dipetik daripada Goal.
Kedua-dua tiang gol itu ditukarkan segera oleh staf Philip II National Arena selepas daripada pemeriksaan oleh delegasi UEFA.
Dalam perlawanan tersebut, Spurs berjaya menumpaskan pasukan berpangkalan di North Macedonia itu dengan keputusan 3-1.
Pasukan berpangkalan di utara London itu diikat 1-1 oleh FK Shkendija sehinggalah Heung-min Son menjaringkan gol pada mnit ke-70 dan memastikan kemenangan selesa menerusi jaringan penyerang, Harry Kane pada minit ke-79.
Featured Image: Jose Mourinho