Artikel

10,000 Meter Dalam Masa 26 Minit 11 Saat – Cheptegei Pecah Rekod Dunia

Pelari Uganda, Joshua Cheptegei mencatatkan rekod baharu dunia setelah menamatkan larian dalam acara 10,000 meter dalam masa 26 minit dan 11 saat.

Catatan masa tersebut dicatatkan oleh Cheptegei dalam satu acara iaitu NN Valencia yang berlangsung di Valencia. Sepanyol.

Catatan masa tersebut mengatasi rekod dunia terdahulu yang dibuat oleh pelari Habsyah, Kenenisa Bekele iaitu 26 minit dan 17 saat pada tahun 2005 di Brussels, Belgium.

Lebih manis, ini merupakan kali ketiga pelari berusia 24 tahun ini memecahkan rekod dunia pada tahun ini.

https://www.instagram.com/p/B8ocwxdHzZ8/

Rekod dunia pertama yang dicipta pelumba berusia 24 tahun ini adalah pada februari lalu dalam acara larian lebuh raya sejauh 5km.

Cheptegei berjaya menamatkan larian tersebut dengan catatan masa 12 minit dan 51 saat dalam satu acara yang berlangsung di Monaco.

https://www.instagram.com/p/CD4bT-InRHO/

Kali kedua Cheptegei memecahkan rekod dunia pada tahun ini adalah pada ogos lalu juga di Monaco dalam satu acara larian trek 5,000 meter.

Dalam acara tersebut Cheptegei merekodkan catatan masa 12 minit dan 35 saat. Ia sekaligus memecahkan juga rekod milik Bekele, 12 minit 37 saat yang dipegang selama 16 tahun.

Featured Image: NN Running Team

komen