French GP: Rossi Akui Malu Besar Jatuh di Selekoh Kedua
October 12, 2020 Hafizuddin Omar

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi mengakui amat malu apabila jatuh ketika di selekoh kedua pada pusingan pertama dalam perlumbaan French GP di Litar Le Mans, semalam.

Rossi yang memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh gagal mengawal jentera M1-nya pada selekoh itu dan tergelincir sebelum jatuh dan terseret ke tepi litar.

“Sangat malu kerana jatuh seperti ini pada selekoh awal, dan tak dapat melengkapkan satu pusingan untuk memahami jentera dan potensi saya,”

“Saya sudah bermula dengan baik dan berada di posisi terbaik pada selekoh kedua, semua pelumba tidak begitu laju kerana keadaan litar (basah) yang sukar dengan air,” kata Rossi selepas daripada perlumbaan.

Sebelum daripada itu, hujan turun membasahi litar Le Mans dan penganjur mengumumkan perlumbaan tersebut sebagai litar basah di mana para pelumba dibenarkan untuk menukar jentera kedua pada bila-bila masa.

Tambah pelumba berusia 41 tahun ini lagi, “Jika kami gunakan tayar basah, litarnya tak terlalu basah, kami akan mempunyai masalah. Sama juga sebaliknya, kami juga bergelut apabila menggunakan tayar kering, litarnya tidak kering.” 

“Saya mempunyai masalah dengan pecutan dan kurang kawalan pada tayar belakang. Kami jangkakan perlumbaan litar kering.”

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga berturut-turut The Doctor terlibat dalam kemalangan sejak Emilia Romagna Grand Prix sekaligus tidak dapat menamatkan pelumbaan.

Featured Image: Monster Energy Yamaha

Komen